PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menetapkan 6 April untuk satu lagi pengurusan kes rayuan Peguam Diraja Jonathan Laidlaw yang berpangkalan di United Kingdom untuk diterima masuk sebagai peguam untuk mewakili Datuk Seri Najib Razak dalam kes jenayah melibatkan SRC International Sdn Bhd (SRC).
Perkara itu disahkan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul dan peguam Badan Peguam Malaysia Annemarie Pravina Vendargon ketika dihubungi Bernama selepas pengurusan kes bagi rayuan itu hari ini.
Annemarie berkata tarikh itu ditetapkan sementara menunggu keputusan permohonan semakan Najib yang dijadualkan pada 31 Mac.
Beliau berkata tarikh perbicaraan akan ditetapkan pada pengurusan kes berikutnya.
Prosiding pengurusan kes hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Suhaila Haron, dihadiri peguam Wan Muhammad Arfan Wan Othman mewakili Laidlaw manakala Peguam Persekutuan Noor Atiqah Zainal Abidin mewakili Jabatan Peguam Negara dan beliau turut mewakili Pendakwa Raya. Turut hadir, peguam Lim Sze Han mewakili Jawatankuasa Peguam KL dan Annemarie bagi Badan Peguam Malaysia.
Mahkamah Persekutuan sepatutnya mendengar rayuan Laidlaw serta permohonan Pendakwa Raya dan tiga yang lain untuk membatalkan rayuan Laidlaw dan permohonan Pendakwa Raya untuk campur tangan dalam rayuan Laidlaw pada 15 Mac.
Bagaimanapun, prosiding itu ditangguhkan dan pengurusan kes telah ditetapkan pada hari ini.
Laidlaw telah memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan beliau untuk diterima masuk sebagai peguam cara dan peguam bela pada 21 Julai lepas.
Pendakwa Raya, yang tidak dinamakan sebagai responden dalam rayuan Laidlaw, kemudian memfailkan permohonan untuk mencelah agar dimasukkan sebagai responden keempat atas alasan ia adalah pihak dalam prosiding di Mahkamah Tinggi namun telah digugurkan secara unilateral dalam rayuan itu.
Melalui notis usul yang difailkan pada 18 Nov lepas, Pendakwa Raya turut memohon agar rayuan Laidlaw dibatalkan atas alasan ia bersifat akademik dan adalah penyalahgunaan proses mahkamah serta tidak dapat dipertahan.
Sementara itu, Jabatan Peguam Negara, Badan Peguam Malaysia dan Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur yang dinamakan sebagai responden, turut memfailkan permohonan masing-masing bagi membatalkan rayuan Laidlaw.
Najib, 69, kini menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan, hukuman penjara dan denda RM210 juta yang dijatuhkan ke atas beliau bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd pada 23 Ogos lepas.
Mahkamah Persekutuan menetapkan 31 Mac ini untuk menyampaikan keputusannya dalam permohonan bekas Perdana Menteri itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 22 2023
Mahkamah Persekutuan menetapkan 6 April untuk satu lagi pengurusan kes rayuan Peguam Diraja Jonathan Laidlaw yang berpangkalan di UK untuk diterima masuk sebagai peguam untuk mewakili Najib Razak dalam kes SRC International. - Gambar fail
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Pengurusan kes rayuan Peguam Diraja untuk wakili Najib pada 6 April
Tarikh itu ditetapkan sementara menunggu keputusan permohonan semakan Najib yang dijadualkan pada 31 Mac.